Tuesday, September 29, 2015

Sayunya hati..




Bila aku dengar lagu jiwang atau pun instrumental, aku teringat dekat Allah.
Rasa macam jiwang dengan Allah pun ya. Ala-ala music video gitu. Itu satu perkara yang baik kan?


Tapi kenapa hati aku rasa sayu ya? Kenapa rasa gelisah semacam?


Pastinya sebab aku banyak sangat buat dosa kan?


Tapi kan, lagi sayu hati ni bila pikir balik,


Kenapa pada saat ini, di waktu aku banyak berdosa pada Allah, aku yang dipilih untuk teringat pada Dia?


Allah pun rindukan aku ke? Sepertimana aku rindu giler pada Dia sekarang?


"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat..."



(Al-Baqarah:186)

Thursday, September 24, 2015

Ini mentaliti melayu korang kata??





Dah tu korang pikir apa?! Klu dah dua dua jalan rapat rapat sambil pakai baju ada corak orang lidi yang sama, makan sambil mengadap muka (aku jeling, kau jeling), gelak ketawa huhahuha, amik gambar berdua buat muka cute, ingat orang akan pikir korang tu kawan je ke??


"Eh? Kitorang memang kawan je pun."


Hello?? Klu just kawan, knapa kau jadi manja macam tu dengan kawan laki yang hensem dan cute je? Klu just kawan, knapa kau jadi macho macam tu dengan kawan perempuan yg bergaya dan cantik je?

Huh! Bagi alasan kawan konon, padahal memang saling suka sama suka pun.


Bagi saya, itu bukan mentaliti orang melayu, tapi itu adalah mentaliti orang yg menganut agama Islam. Sebabnya, hanya agama Islam sahaja yang menitikberatkan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Maka orang yg beragama Islam ini akan sedar, akan tahu, and they will realise there is something wrong with both of you! Sebab korang tak jaga batas hubungan korang!


Buat apa nak amik gambar berdua laki dan perempuan? Apa korang kemaruk sgt like di insta, fb or wechat? Tau la klu post gambar berdua laki dan perempuan confirm dapat banyak like, kan?


Haih (mengeluh), korang ni kan.. Dah ada ramai kawan sama jantina, tapi still nak cari bestfriend gender lain. Mula mula memang kawan, tapi takut nanti dah lama lama rasa nak pegang title boyfriend girlfriend pulak. Sebab itu lah, Allah suruh cegah dari awal awal lagi. Tak payah nak mesra mesra sangat dari awal awal kenal dulu! 



"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."

(Al-Israa':32)



Kenapa Allah kata 'jangan hampiri zina' instead of 'jangan commit zina'?


Sebab Allah dah kenal sangat hamba Dia. Allah dah tahu bila hamba Dia cuba untuk dekat dekat, berjinak-jinak dengan perkara yang cenderung ke arah zina (cth:couple), maka mereka akan tewas jugak untuk berzina. Maka, last last, mereka cuma merosakkan diri sendiri. Zina ada banyak guys. Bukan zina perbuatan je. Ada banyak lagi. Tapi semua zina ni merosakkan kita.



 klik pada gambar klu kurang jelas



My beloved brothers and sisters,
Sekarang masanya masih belum terlambat sahabatku. Tolong tolong dan tolong pikir balik apa faedahnya couple tu? Apa yang korang dapat drpd couple tu sendiri? Banyak yang baik atau yang buruk? Ramai sahabat saya yang tak nak teruskan coupling ni, tapi diorang takut yg diorang tak akan dipandang sama macam dulu, diorang takut kesalahan yg mereka buat tak dimaafkan.


Ingat! Mungkin manusia ambil masa untuk memaafkan. Tapi jangan pernah sekali-kali terlintas di hati yang Allah tak akan ampunkan dosa korang. Okey, saya nak tanya. 


"Iblis minta dengan Allah untuk dipanjangkan umur sampai hari kiamat, Allah makbulkan tak permintaan iblis?"


Yes, Allah makbulkannya! Kalau apa yang iblis nak Allah kasi, takkan lah doa hambaNya yang solat 5 waktu, yang nekad nak tinggalkan maksiat, yang berdoa supaya diampunkan dosanya supaya dia pun boleh masuk syurga berjumpa dengan Allah sendiri, takkan lah Allah tak nak terima??


Pastinya Dia akan terima. Tapi dengan syarat kita betul betul bertaubat, benci dengan maksiat yang kita buat, dan kita nekad akan usaha untuk tak buat lagi maksiat yang sama. Pasti Dia terima taubat kita semua..


Allah Maha Pengampun kutt. Dia yang cipta perasaan memaafkan tu. Pastinya Dia lah yang paling memaafkan..^^




Tuesday, September 22, 2015

Doktor Hati


click on the video, u olls

Assalamualaikum. What's up, guys? Feeling so excited for hari raya Aidil Adha? Me too!! I'm going back home this evening! Why am I so excited? Well, first, of course because my class this evening has been cancelled. So, our tutorial have to be sent next week. Hohoho.. (don't be jealous please!)

The second reason is because there is a new superb book has been published! DOKTOR HATI by Dr. Mohd Hizul Azri! <3

What?? You don't know about this book? Seriously? Poor you.. Many people already ordered the book. Some of them already got the book. Wah!!

But, don't be sad. You also can have it. If you want this Doktor Hati, contact us to buy it!




If you want to know more details of Doktor Hati, please do comment below. We will answer you straight away! ^^

Buy it guys!  Only 20 ringgit!




Monday, September 21, 2015

Ku bertukar menjadi the Hulk!



Korang tahu tak saya ni kadang-kadang pun boleh bertukar jadi the Hulk! Bila? Ha.. tu persoalannya.


Ni cerita pagi tadi:

Malam semalam, saya ngn kawan kawan lepak la di surau mahallah (kolej) kami. Kami tido kat sana sbb esoknya kami nak jogging sama-sama. Bukan apa, bimbang nanti semua turun lambat untuk jogging kalau pakat tido dalam bilik masing-masing. Dah la kelas start kul 8.30 pagi. Jalan kaki ke kelas dah amik masa 20 minit.

Kalau masuk kelas lambat nanti, confirm kena angkut kerusi dari kelas lain sebab dah takde kerusi kosong. Malu ah klu sisters yg datang kelas lambat. Nak cover ayu masa angkat kerusi tu pun satu hal. Tapi klu brothers yg datang lewat even lecture dah start 30 minit yg lepas, itu orang tak tengok pelik. Diorang pun buat muka selamba je masuk kelas lalu depan lecturer sambil bawa kerusi. (jangan marah brother, yang lewat tu brothers lain. Yang baca blog ni, In Syaa Allah, brother yg soleh dan baik je. Peace!)

Balik pada crite kita.. 
Malam tadi tido selesa je. Sejuk. Kipas betul betul atas kepala. Bangun bangun je daripada tido, kawan-kawan yg lain tengah syok lagi di alam mimpi. Amik fon, tengok jam, Ya Allah!! Dah pukul 5.43 am. Subuh pukul 5.48 pagi! Kelam kabut giler pagi tadi pergi toilet, dan amik wuduk.
Nak dijadikan crite, masa tengah amik wuduk tuu lahh, alunan azan yang merdu dari masjid berkumandang.

BERTUKAR!
Maka bertukarlah saya menjadi the Hulk. Marah and cuak giler dengan diri sendiri. Nasib baik tak pecahkan pili air kat tempat wuduk tu. Arrghh! Knape lah aku tak boleh bangun awal lagi? Awal 5 minit je pun dah ok! Mesti sempat tahajud. Entah macam mana boleh terbangun lewat padahal dah kunci jam awal awal. Dah la kawan kawan yg lain pun turut sama tak terbangun tahajud. Kesian kitorang. Huargh..

Nak kata tido lewat mlm tadi, takde lah lewat mana pun. Nk kata awal, memang tak la. Tipu la student universiti masuk tido pukul 10,11 malam kan. Kita ni, jangan manjakan sangat diri untuk selalu tidur lama-lama. Ini lah masalah kebanyakan student. Dah la pagi bangun lambat, sambung tido pulak lepas subuh. Siang hari tido lagi. Ni malam pun nak tido lama-lama?! Haih! Katanya, tak nak kasi mata jadi mata panda. Dah tu? Klu mata tu jadi mata kelawar, boleh? Kuat sangat tido kan!

kelawar

Korang tahu tak yang Allah kata, orang yang bertakwa ni,


"Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam. Dan pada akhir malam mereka memohon keampunan (kepada Allah)"

(Surah Az-Zaariyat:17 & 18)


Siapa yg tak nak jadi orang yg bertakwa?! Klu nak, jom kita bangun tahajud sama-sama. Dua rakaat pun cukup. Tak reti? Mr. Google kan ada. Belajar la. Search kejap. Jangan malas sangat, buleh dok?
Tak boleh bangun solat pukul 3,4 pagi, try dulu solat tahajud sebelum masuk subuh. Dah siap tu,tunggu utk solat subuh terus. Fuh! Dahlah bangun tahajud, subuh pun awal. Memang mantap ah korang! Mesti Allah lagi sayang korang. Ya ka Allah lagi sayang?? (Feeling not so sure ya?)

Of course lah! Klu kawan korang sendiri ingat birthday korang, siap sediakan hadiah lagi, korang terharu tak? Of course la terharu, suka dan lagi sayang kat kawan korang tu. Allah pun sama gak. Mesti Allah lagi sayang pada hamba Dia yang sanggup berjaga dari tido semata-mata sebab kita ingat Dia.


"Dan pada sebahagian malam hari, solat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji."

(Surah Al-Isra':79)

Choi! Sapa yg tak nak diiktiraf di tempat tinggi lagi terpuji? Saya nak! Jadi, sebab tu lah saya geram and sedih giler bila tak bangun tahajud. Kadang-kadang boleh jadi moody seharian sbb tak terbangun. Rasa macam bermaksiat bila tak bangun tahajud. 

Korang.. Memang patut kita rasa sedih bila tak tersedar dari tido untuk tahajud. Cuba pikir balik apa yang kita dah buat sampaikan Allah tak nak kejut kita bangun tahajud, pikir balik apa yg kita dah buat sampaikan Allah sendiri tak nak jumpa kita dalam tahajud..Huargh! Ampunkan aku, Ya Allah!!



Friday, September 18, 2015

Berubah. Eh.

Penat. Beg galas di belakang terasa memberat, dengan buku, nota dan kamus. Saya berjalan menuju ke masjid seusai masuk waktu zuhur.

"Khaulah, time duduk di matrik dulu, saya bimbang saya berubah bila masuk degree, bila dah masuk degree, saya bimbang pula masa kerja nanti".

"Kenapa?".

"Perubahan. Lihat sekarang, kita pakai tudung ini, tutup dada. Boleh dikatakan labuh. Baju pula masih jaga syarak. Menutup aurat. Akhlak kita kawal lagi.  Belum tentu masa akan datang, kita masih lagi begini. Mungkin dah berubah". Saya pandang sekeliling.

Ramai foreigner menuju ke masjid.
"Iya lah, saya sama juga".

"Bila bekerja nanti, iya la..sebagai lawyer, inshaAllah, kalau Allah takdirkan jadi lawyer, saya terfikir,adakah saya masih begini. Kerja lawyer kan grand, dengan baju kot, kereta pulak mesti mewah. Al maklum gaji cukup besar orang kata, mudahan Allah tak uji dengan kesenangan".

**********

Pointnya adalah, perubahan satu perkara biasa yang berlaku dalam hidup.

Cumanya, perubahan kepada apa, samada daripada jahat, buruk kepada baik, daripada baik kepada lebih baik ataupun boleh jadi juga sebaliknya.heh.

Jalan perubahan milik kita.

Ada yang pilih, kalau dulunya kita tidak bercouple. Sekarang berubah jadi orang yang bercouple. Kalau dulunya kita menjaga, sekarang kita tidak terjaga. Kalau dulunya kita tidak baik. Sekarang lagilah tidak baik.

Itu dari sudut perubahan negatif.

Positifnya, dulu kita kaki ponteng, kaki couple, macam-macamlah kakinya. Sekarang berubah jadi baik. Jadi orang yang berguna untuk ummat.

Memilih untuk berubah juga milik kita.

Jadi, berubahlah ikut acuan Ilahi, itu lebih beerti.