Saturday, October 24, 2015

Asyik kata lelaki je..

   Selalu kita dengar orang kata lelaki kena tundukkan pandangan. Yes! Memang betul! Budak laki tak boleh pandang sembarangan. Sebab apa? Sebab nak jaga, nak pelihara, nak protect hati dia.

Rasanya kamu pun fahamkan maksud tundukkan pandangan ni. Yang mana sudah tentu BUKAN macam ni:


 Tundukkan pandangan = pandang bawah sampai langgar signboard. Daa..



Tapi maksudnya ialah tak pandang apa yang telah diharamkan oleh Allah dan Rasul kita dari dipandang. Contoh mudahnya, aurat perempuan.
Tak boleh tengokkan..

Itu semua kita dah faham. Tapi lelaki je ke yang kena tundukkan pandangan? Perempuan tak payah? Hah? Macam tu ke?

Of course la perempuan pun ada benda yang diorang tak boleh pandang! Means perempuan ada masanya kena tundukkan pandangan jugak. Contoh mudahnya, tundukkan pandangan dari tengok lelaki yang hensem, cute, bahkan yang nampak soleh sekalipun!

Kenapa? Sebab nak jaga hati kamu la, sisterku sayang.
Kebanyakan perempuan dah tundukkan pandangan mereka bila jumpa face to face dgn budak laki. Itu dah bagus. Tapi yang problemnya bila dibelakang tabir, ditenungnya gambar lelaki yang bajet soleh dalam fb.



"Fuh! Cair hati tengok muka suci bersih lelaki ni dengan janggutnya tu. Dengan jubahnya, dengan kopiahnya. Mak ai, macam ni la calon suami aku yang terbaek."



Aduhaii.. Lepas ditenung gambar tu, teringat-ingat, terpikir-pikir, terbayang-bayang lagi lelaki tu. Kan dah zina hati tu. Budak laki tu bukan suami kamu la. Entah dengan siapa Allah jodohkan dia. Jangan-jangan jodoh bestfriend kamu sendiri. Erk!

****************************************
Saya ada satu cerita untuk dikongsi dengan kamu.

Masa tu, saya on the way balik rumah dari uni. Kami balik naik bas catar je. Sementara tunggu bas sampai, saya berkenalan dengan sorang sister ni. Bas dia sama dengan bas saya. Kebetulan, saya naik sorang dan dia pun naik sorang. So, saya ajak dia duduk skali dgn saya atas bas. Dia on je.

Tuannya nampak baik je, ayu dan pemalu. Ala-ala solehah gitu.

Sewaktu saya berada di atas bas, di seat sebelah dia, ada ketika saya jenguk dia. Saja nak tengok dia buat apa. Dia asyik sangat menaip dalam fon dia. Owh! Main whatsapp. Okey.

Tapi apa yang membuatkan saya pandang dia sekali lagi, adalah wallpaper whatsapp dia. Saya tenung untuk dapatkan kepastian. Wallpaper dia ala-ala macam ni la.


sengaja saya blurkan gambarnya


Aduhh.. Sayang.. sayang.. sayang betullah.. Tuannya dah elok bertudung labuh. Tapi hatinya pula tak terjaga.

Bukan niat saya di sini untuk memalukan dan merendah-rendahkan wanita bertudung labuh. Mereka juga manusia biasa, yang banyak buat salah kerana punya seribu kelemahan. At least mereka sudah melaksanakan perintah Allah yang wajib itu.


"Kita memang tak sempurna tapi kita perlu menuju kepada kesempurnaan"


Kita semua perlu keep ubah diri kita. Bukan sahaja sister yang saya jumpa ni, tapi juga setiap manusia yang mengaku masih bernyawa. Kalau benda kecil yang asas seperti menundukkan pandangan pun kita tak mampu nak jaga, macam mana kita nak jaga hati kita? Kalau hati kita tak terjaga, macam mana mahu jaga hati orang lain? Menjadi pemimpin pada diri sendiri pun tak lepas, macam mana mahu jadi pemimpin di muka bumi ni? Itu amanah kita yang Allah kasi.

Saudariku! Kamu minta supaya dijodohkan dengan lelaki yang baik yang jaga pandangan mereka kan? Nah! Kamu pun kena la jaga pandangan jugak ya.


"Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki yang keji dan lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji(pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik(pula)...."

(An-Nur:26)


Kita selalu kata 'Cukuplah Allah Bagiku'. Tapi adakah kita betul-betul maksudkannya? Andai betul cukuplah Allah bagi kamu, tak perlu lagi kamu melihat lelaki yang hensem, tak perlu kamu berbicara kosong tentang lelaki yang soleh dan tak perlu kamu tercari-cari lelaki yang baik. Cukuplah sekadar Allah yang sentiasa kamu ingati.

Dan tak perlu simpan gambar-gambar lelaki dan perempuan dalam fon kamu. Delete semuanya sahabatku! :-)


P/s : Ni wallpaper whatsapp saya
cantik tak? huhu. gurau saja. Peace!





No comments:

Post a Comment